NEW PRODUCT

NEW PRODUCT
BioCerastone EMR -RM30 sekeping

NEW PRODUCT

NEW PRODUCT
Biocerastone - RM 480.00 per set

BIO CERASTONE CREWS

sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi saya di talian
012-3465078 atau
melalui e-mail imntuah@yahoo.com

pembayaran boleh di buat melalui akaun
maybank Atau cimb bank

sila maklumkan kepada saya untuk mendapatkan
butiran dan no akaun.

Sunday, August 30, 2009

Pasang penyerap gelombang telefon


BANGI - Mungkin ramai tidak menyedari setiap sentimeter ukuran gelombang yang masuk ke dalam otak melalui penggunaan telefon bimbit boleh mengundang pelbagai penyakit kritikal termasuk kanser.

Sehubungan itu, Pensyarah Pusat Pengajian Fizik Gunaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Mustaffa Abdullah, menyarankan agar semua pengeluar telefon bimbit menjadikan alat penyerap gelombang sebagai aksesori wajib pada telefon bimbit.

"Alat itu mungkin dalam bentuk yang solid, bulat atau leper dan yang pasti ia untuk mengelak gelombang terus pada otak,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis syarahan perdana Komposit Ferit sebagai Penyerap Mikrogelombang di UKM semalam.

Menurut beliau, penyerap tersebut boleh dimanfaatkan daripada bahan tempatan seperti getah asli serta besi yang boleh membantu mengelak penyerapan gelombang sehingga seratus peratus.

Katanya, walaupun banyak telefon bimbit mempunyai alat penyerap, ia tidak dapat berfungsi menyekat sepenuhnya aliran gelombang.

"Dalam kajian yang dijalankan mendapati, ada alat penyerap pada telefon bimbit diletak pada belakang atau depan telefon, tapi dalam kuantiti pengawalan arus gelombang yang sangat sedikit,'' katanya.

- kosmo - 30 ogos 2009

0 comments: