NEW PRODUCT

NEW PRODUCT
BioCerastone EMR -RM30 sekeping

NEW PRODUCT

NEW PRODUCT
Biocerastone - RM 480.00 per set

BIO CERASTONE CREWS

sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi saya di talian
012-3465078 atau
melalui e-mail imntuah@yahoo.com

pembayaran boleh di buat melalui akaun
maybank Atau cimb bank

sila maklumkan kepada saya untuk mendapatkan
butiran dan no akaun.

Sunday, August 30, 2009

Komposit ferit serap mikro gelombang

SEDAR atau tidak, perkembangan pesat industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) berteknologi tinggi sekarang telah meningkatkan tahap pencemaran alam oleh pancaran mikro gelombang.

Malah penggunaan telefon selular, komputer, radio mahupun televisyen yang merupakan alatan terpenting dalam kehidupan harian kita adalah agen pembunuh secara senyap nombor satu terhadap sistem biologi di bumi.

Semakin canggih dan tingginya kuasa sesuatu reka bentuk penghasilan peralatan teknologi telekomunikasi dan elektronik, bertambah tinggilah risiko ancaman terhadap keselamatan sistem biologi terutama kepada kesihatan manusia pengguna.

Pembangunan pesat ICT bukan hanya mengancam hidup sistem biologi malah meningkatkan lagi tahap pencemaran alam sekitar.

Ini kerana semua barangan berteknologi tinggi yang dihasilkan oleh kemajuan sains dan teknologi adalah berteraskan kuasa mikro gelombang.

Mikro gelombang pula adalah gelombang elektromagnet (magnet dan elektrik) yang mempunyai frekuensi berisiko tinggi terhadap biologi, khususnya kesihatan tubuh badan manusia dan alam sekitar.

Bagaimanapun aliran mikro gelombang berarus tinggi daripada peralatan berteknologi yang meresap dan merosakkan tisu-tisu dalam sistem biologi sukar dikesan dan tidak dapat dilihat.

Malah, impak daripada arus mikro gelombang yang meresap dan berhimpun untuk menjahanamkan tisu dalam tubuh badan manusia misalnya, tidak dapat dikesan dalam masa yang singkat.

Namun, sudah ada kajian di Barat yang dapat mengesan bahawa arus mikro gelombang yang dihasilkan daripada peralatan berteknologi adalah pembunuh secara senyap nombor satu dunia.

Ini kerana impak pengaliran mikro gelombang yang meresap ke dalam sistem tubuh badan manusia dan sistem biologi serta alam sekitar adalah secara halus dan tanpa disedari.

Akibatnya, ia akan menjejaskan banyak bahagian dalam sistem saraf dan otot tubuh manusia bagi membuka ruang besar untuk serangan pelbagai virus pencetus penyakit kronik dan bahaya terutama barah dan sakit jantung akibat kelumpuhan sistem saraf dalam badan.

Malah, bahaya arus mikro gelombang yang terhasil daripada magnet dan elektrik ini dikatakan mengatasi kesan buruk tabiat merokok.

Namun itu tidak bermakna kehidupan manusia yang kini bergantung sepenuhnya kepada peralatan telekomunikasi elektronik berteknologi tinggi tidak lagi selamat.

Sebabnya, kesan mikro gelombang yang disifatkan sebagai ‘nadi’ dalam fungsi sesebuah peralatan elektronik dan telekomunikasi ke atas biologi boleh di sekat melalui sistem penyerapan yang berkesan.

Menurut Profesor Fizik Keadaan Pepejal di Pusat Pengajian Fizik Gunaan Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Mustaffa Abdullah, walaupun mikro gelombang memberi kesan negatif dan berisiko tinggi pada kesihatan manusia terutamanya, tetapi banyak alternatif boleh dihasilkan bagi menanganinya.

Antaranya kata beliau, adalah penggunaan komposit ferit yang bertindak sebagai penyerap arus mikro gelombang yang boleh dipasang pada peralatan berteknologi berkenaan.

Menurutnya, komposit ferit boleh bertindak sebagai penebat bagi mengalih atau menyerap arus bahaya yang mengalir dalam peralatan telekomunikasi itu daripada meresap ke dalam sistem biologi khususnya tubuh manusia.

Berdasarkan meningkatnya keperluan dan penggunaan alatan berteknologi masa kini beliau berkata, tubuh badan manusia kini sedang menjadi bahan penyerap utama ke atas pengaliran keluar arus mikro gelombang, sebelum tersebar menyerang sistem biologi lain.

Sebabnya kata profesor fizik itu, kebanyakan syarikat pengeluar produk berteknologi tidak prihatin ke atas kesan pancaran arus mikro gelombang yang terhasil daripada sistem elektrik kepada sistem biologi.

“Sebenarnya banyak bahan tempatan yang boleh diproses menjadi aksesori tambahan dalam barangan berteknologi ini bagi mengawal serta menyerap pengaliran terus arus mikro gelombang keluar secara bebas,” jelasnya.

Selain komposit ferit iaitu logam atau besi kata Dr. Mustaffa, getah dan plastik adalah antara bahan penebat paling berkesan sebagai penyerap mikro gelombang pada sesuatu barangan berteknologi tinggi tersebut.

“Kajian saya mendapati penebat hasil campuran getah asli dan plastik paling efektif dalam menyerap aliran pancaran arus gelombang magnet dan elektrik daripada peralatan berteknologi tinggi ini,” katanya.

Dr. Mustaffa berkata demikian semasa menyampaikan Syarahan Perdana mengenai Komposit Ferit sebagai Penyerap Mikro Gelombang: Memanfaatkan Bahan Tempatan di Dewan Senat, bangunan Canselori UKM, Bangi, Selangor, baru-baru ini.

Sambil menegaskan pentingnya usaha berterusan penyelidikan mencari bahan penyerap bagi menghapus atau sekurang-kurangnya meminimumkan pendedahan sistem biologi dan elektronik daripada pancaran mikro gelombang beliau berkata, kebolehan bahan ferit iaitu daripada komposit logam atau besi sebagai penyerap telah diketahui sejak tahun 1971.

Kemajuan dalam teknologi penyerap mikro gelombang juga tambah Dr. Mustaffa, turut menghasilkan pengunaan bahan penyerap boleh lentur dengan impak serapan lebih baik hasil adunan ferit tulen dengan pelbagai jenis polimer atau oksida logam tidak bermagnet pada tahun 1991.

“Malah UKM telah menghasilkan pelbagai jenis komposit ferit dengan campuran getah asli termoplastik (TPNR) sebagai penyerap lebih berkesan sejak tahun 2002.

“Kajian terbaru saya dalam usaha menyerap seberapa banyak arus magnet dan elektrik yang membahayakan biologi pula mendapati campuran getah asli dengan plastik jauh lebih tinggi daya serapannya,” jelas beliau.

Malah tambahnya, kebanyakan bahan tempatan yang ada termasuk sisa kayu boleh diproses dan dijadikan bahan penyerap mikro gelombang pada semua produk berteknologi tinggi.

Ditanya bagaimana alat penyerap itu boleh diguna pakai, Dr. Mustaffa memberitahu, terpulang kepada syarikat pengeluar itu untuk mengubah suai aksesori penyerapnya ke atas produk yang dihasilkan.

“Ia boleh dijadikan sebagai aksesori tambahan tetapi adalah lebih berkesan jika penebat mikro gelombang yang diubahsuaikan mengikut sesuatu produk itu dipasang terus pada bahagian penyambung arus sesebuah produk,” jelasnya.

Orang ramai bagaimanapun kata beliau, masih tidak peka akan bahaya dan ancaman mikro gelombang kerana kesannya hanya dapat dirasai setelah belasan atau puluhan tahun mengguna peralatan berkenaan.

Menurut Dr. Mustaffa, julat keberkesanan arus mikro gelombang pada sistem biologi hampir serupa dengan sinaran alpha dan gamma yang digunapakai dalam sektor perubatan bagi tujuan sinar X.

Bezanya kata beliau, pancaran sinar alpha dan gamma boleh dilihat melalui hasil sinar X tetapi mikro gelombang tidak mungkin dilihat dan cuma dapat dikesan kewujudannya melalui sistem formula sukatan arus gelombang.

“Impak pancaran alpha dan gamma terlalu tinggi tetapi jarang berlaku dan penggunaannya terhad berbanding mikro gelombang walaupun rendah kesannya tetapi diguna sepanjang masa secara bebas dan terbuka,” ujarnya.

Sebab itu, tambah Dr. Mustaffa, arus mikro gelombang boleh bertindak sebagai pembunuh senyap nombor satu ke atas sistem biologi terutama manusia.

Sehubungan itu beliau menyarankan pengguna lebih bijak dan prihatin dengan mengehadkan penggunaan secara terus sesuatu peralatan telekomunikasi dan berteknologi kepada tubuh badan.


dipetik dari utusan malaysia ( 23 julai 2008 )

0 comments: